Andai hingga ke akhirnya tiada cinta halal dari Adam buatku,
Damaikanlah aku dengan Cinta-Mu Ya Allah.
Tutupkanlah pintu hatiku buat cinta yang membawaku ke Neraka.
Terbukanya pintu syurga buat manusia kerana kasih sayang-Mu.
Bahagiakanlah insan-insan yang menyayangi dan membenciku.
Ya Allah, ku mohon, berikanlah cinta sejati buat insan yang pernah ku tolak cinta dan niatnya.
Aku sangat berdosa andai kehadiranku membawa kerosakkan buat mereka.

No comments:
Post a Comment